Sunday, July 8, 2012

Senyum

Alhamdulillah pasal tarikh nikah tu telah pun settle dan akan dilangsung 31 Ogos. Lega sangat sebab tak yah cancel apa-apa. Semoga semua nya berjalan dengan lancar. Amin :)
Bole tido dalam senyum malam ni. Dah 2 bulan tak jumpe dan berdating secara sah dengan tunang ku. Last jumpe pun bertiga dengan member lagi sorang. Takde chance, nak ehem ehem. Kahkah...Insyallah lepas ni berdating dengan lelaki bergelar suami. Insyallah.

Saturday, July 7, 2012

Merancang Majlis

Sejujurnya bagitau sepatutnya dalam nak mempersiapkan kerja kahwin ni kena ada komunikasi yang betul, means kita kena bagitau dengan jelas kepada keluarga yang lagi satu bila tarikh , hari dan waktu majlis dilangsung. Benda ni terjadi sendiri dalam merancang majlis saya. Nasib baik ada masa sebulan lebih benda ni insyallah dapat settle. Kami di Kedah merencana majlis pada 1 Sept untuk majlis bersanding Dan akad nikah pada 31 Ogos. Tapi keluarga pihak lelaki tak tau yang kami akan bernikah pada 31 Ogos tu. Aiyooo.. Semua tak tau kecuali tunang saya. Keluarga lelaki ingat kami bernikah pagi 1 Sept tu. Nasib semalam dapat tau, kalau tak huru hara pengantin lelaki tak sampai. Now ayah pihak lelaki tengah schedule semula perjalanan mereka sebab Pahang dan Kedah bukan dekat ye.  Masalah pertama ialah kami di Kedah dah siap hantar borang kat Pejabat Agama Islam. Kalau nak tukar tarikh tu memang akan ade sikit masalah., kedua videographer dah booking dah dah bayar deposit dan 1 Sept tu videographer tua de shoot majlis lain. Tu antara masalah besar lah. Sebab video tu memang cadangan saya nk simpan untuk kenangan. Kalau pihak lelaki tak boleh jugak 31 Ogos tu,,, macamana pon saya kena cancel videographer. Now saya still berdoa semua kan akan berjalan macam yang dah dirancang. Oh ye.. majlis bertandang pun dah tukar tarikh which is 6 oktober. Pihak lelaki nak cepatkan majlis bertandang sebelah sana. Yang tu tak de masalah . Insyallah. 

Sunday, July 1, 2012

Update Preparation

Insyallah dalam masa 2 bulan lagi saya akan bergelar isteri, mohon doa dari kalian semua eh. Setakat ni preparation okey je. Hampir siap. Disebabkan saya merantau, banyak benda yang parent saya settle kan. Macam borang nikah semua, abah saya yang settlekan dengan Pejabat Agama Islam Kedah. Goodies bag, hantaran, mak dengan adik saya yang settlekan. Alhamdulillah lega saya. Saya kat sini cuma settle guestbook, barang-brang untuk buat photoshoot, barang hantaran beli sendiri, veil saya sewa dari Kak Lija. Pastu hiasan untuk meja guestbook, tag meja makan, benda-benda remeh saya settle kan sendiri. Sebab saya yang nak guna. Hehehe ... photographer. videographer dah booking, pelamin, baju sanding semua dah booking. Baju nikah semua dah siap. Cuma seminggu sebelum akad nikah, nk kena fitting baju nikah kot kena alter. Jangan makin kembang udah leer.. ngeri nye. Semalam ada tengok kat FB, tudung fesyen Najwa Latiff, okey noted masa akad nikah nak pakai macam tu. Okay lah nanti update lagik.