Thursday, December 29, 2011

Preparation : Baju Sanding I

Tema untuk bersanding dah pun decide dengan mak  dan dia setuju pilihan kaler yang dipilih iaitu turqoise..tapi lebih ke hijau. Macam warna tong gas katenyeee [hampeh] . Design pun dah lukis tapi biar la rahsia dulu sebab belum jadi baju lagi, tunggu beli kain chifon + ada beli kain satin online dengan hantar tailor. Dan siap baru la ada teaser ... Lebih kurang macam baju kat bawah ni la .. Okay tak ? Dan kaler macam yang secong picture.
** tak ingat amik gambar ni kat mana. sori ye empunya gambar. cucu mintak gambar ni untuk buat reference.


Tuesday, December 27, 2011

Preparation : Baju Nikah II

Hip horey ... Misi untuk beli baju nikah berjalan dengan lancar. Kain yang dipilih kain satin dan kain lace. Gambar memang takde. Corak kain lace tu macam burung merak. Akan beri efek kurus kepadaku. Hopefully la kan . Dah settle jugak hantar kat tailor dan insyallah sebelum CNY baju tu siap. Next hunting ialah baju sanding. Konsepnya baju semua buat sendiri. Baju lelaki saja amik kat butik. Suka sangat.

Wednesday, December 21, 2011

Preparation : Barang hantaran

Barang hantaran ada yang dah beli. This week nak balik Kedah, so nak menyopping barang hantaran. Semua dah dilistkan. (BM BI semua beterabur) Dalam planning 5 berbalas 7. Tak tau kalau ada penambahan nanti. Ada sapa nak sponsor. Heheh... Kita suka bunga yang bulat tu. Err... bunga ape tu ek? Comel sangat tengok. Balik cuti krismas ni baru nak bincang details walaupun majlis lambat lagi, tapi mana tau rezki, bole cepatkan. Lagipun ada orang tak sabar nak kawin, eh? Mungkin kaler bunga tu lebih kurang macam kat bawah ni. Cantik tak?

Friday, December 16, 2011

Preparation : Baju Nikah

Semangat semangat ..Debar ada la sikit. Hiihi... Tema untuk nikah dah decide actually bukan decide, kita yang bagi keputusan. Bila suka, terus bagitau Incik Tunang. Harusla dia setuju. Sampin dia, songkok dia, baju dia semua kita yang decide nak macamana. (Nampak tak warna warni queen control kat situ.) Incik Tunang cakap lepas kawin kalo queen control, dia suruh kita tido luar dia kat dalam sorang. Siot kan... Patutnye dia la tido luar... Arggghhh melalut..
Kata putus nya tema nikah ialah putih.
Nak yang macam Marion ni. Sebab nampak tinggi dan selim. Rasanya material chiffon sebab suka kain yang lembut. Dan veil nak labuh lepas kaki. Kalau XXL sesuai ke pakai veil labuh ek ? Kang nampak pendek dan gemookkk. Dan yang lelaki nak ada sulam kat leher and kocek. Sampin warna yang lembut.Tailor insyallah dah ada, tapi nak kena confirm semula. Semoga dipermudahkan. Amin.


Preparation : Date

Sah !!! Wah buat berdebar je kan. Padahal tarikh yang confirm tak de lagi. Famili kite duk sebut-sebut bulan 7 or bulan 9. Yang pasti bukan cuti sekolah.Incik tunang macam biasa duk buat selamba dia je. Kita dah gelabah, dup dap dup dap je ni. Siap dah wujudkan buku preparation perkahwinan. Semangat kan.....

Friday, December 9, 2011

Preparation Perkahwinan

Helloooo...
Hari tu tak da mood nak prepare pasal wedding sebab tarikh belum ada, tapi famili sana dah tanya baju kaler ape. Tapi incik tunang cakap tak tau lagi tarikh kawin tu bila. So sekarang tak tau la nak prepare ke tak. Cuma bole di survey2 je la kot.
First sekali mestilah pasal tema kaler. Belah aku, aku dah lama dah berangan kaler turqoise. Turqoise pun ada macam range color. Aku bekenan turqoise yang nak ke hijau. Bukan yang nak ke biru. So nanti famili member kaler silver or grey. Then the pelamin, mak dah bekenan yang style ada bunga rose besar tu. Pastu kerusi giant tu. Ada upacara merenjis sbagai. Woww...berangan number 1. Duit? Hahaha... Tengah kumpul lani. Takkan nak harapkan sebelah pihak je.
Sebelah incik tunang, rasa mcam nak kaler pink + grey or peach + pink + grey . Tapi 2 hari lepas mak incik tunang dah call, dia nak warna terang. Sebab dalam gambar nampak cantik. Dia ada suggest kaler orange dengan purple. Purple tu okay kot. Orange pun okay tapi nak kena tengok orang yang macamana. Aku prefer light orange.
So korang rasa okay tka pilihan color aku tu? Dan lagi satu nak kena sesuaikan dengan pengantin XXL, kalo tak sempat nak kurus nanti. terpaksa la ber XXL di hari persandingan nanti.

Thursday, December 1, 2011

Review tamat

Lama tak update kan. Review tunang hari tu pun belum habis. Banyak mak dengan angah yang tolong buat preparation. So kite kan sini tak yah buat ape sangat. So dengan ini sesi mengreview majlis pertunangan dah tamat kot. Kita sambung dengan persediaan kawin. Tarikh belum ada, cuma ura-ura dalam bulan 8. Kalau terawal tu gatal la tu eh rezki la tu. Hehe.... Now tengah semangat design kad kawin. Hampir siap. nak tunjuk dekat incik tunang. Luv ~~