Thursday, February 9, 2012

Preparation : Date Love

Balik kampung hari tu banyak yang dah settle. Maksud nye yang penting dah settle. Date untuk sanding dan bertandang pun dah confirm. Lega. Akad nikah 31 ogos, sanding 1 sept dan bertandang 27 okt. Memang agak jauh date tu tapi dah itu saja masa yang ade dan sesuai. Tak kisah la yang penting semua selamat kan.
Baju nikah dah siap. wehoooo. cuma kain nak kena alter, sebab kain satin tu dia buat belah sampai betis.. lace luar tak belah pulak. seksi ooo nanti. nak alter yang kain belah dalam tu. Baju tunang belum tempah lagi, memang nak kena dia ni. Kain dah bagi dia tapi asyik simpan dalam almari je. Bila nk g tempah tah. Memang siapla nanti. Grrrr...
Kasut nikah + sanding + bertandang pun dah beli. Actually ni kasut yang sama bukan 3 pasang kasut ye. Kaler silver. RM89.90 murah je. tak tau la bole jalan ke tak nanti. tak reti pakai tinggi. hari-hari duk praktis ni. :P

No comments: