Thursday, April 26, 2012

Preparation : Legal Document

Just to make sure semua legal document ready, saya nak list kan kat entry. Kot-kot terlupe nanti. Ni yang penting ni. Kalau tak tak muleh tawin oooo.. Document semua saya google je kat intenet. Kalau ada penambahan sila bagitau ye, Kite nak kaweeenn. :P

Perempuan :
Salinan I/C Perempuan
Salinan I/C Lelaki
Salinan I/C Wali
Salinan Sijil Kursus Kahwin
Sijil Kursus Kahwin
Result HIV
Sijil Nikah Ayah Ibu (Bagi anak sulung shj)

Lelaki :
Salinan I/C Lelaki
Salinan I/C Perempuan
Salinan Sijil Kursus Kahwin
Sijil Kursus Kahwin
Result HIV

Tuesday, April 24, 2012

Preparation : HIV Test DONE

Semalam 23hb berlangsung acara cucuk mencucuk. akhirnya selamat dah urusan HIV test ni even lagi 4 bulan nak kawin tapi biar lah semua dah settle awal-awal kan. kat KK shah alam ni urusan hiv test tak berapa teratur. lepas dah amik darah untuk hiv test , dorang suruh pegi makmal buat urine test, untuk pra-kehamilan motifff ? nak detect mengandung luar nikah kot. lepas tu dorang suruh hantar ke bilik 13, dah siap semua kena jumpe doktor pulak. doktor bising-bising tak amik darah lagi untuk talasemia... macam-macam la. 4 kali amik darah. huhu ...nasib ku tak pitam kat situ. pegi 2.15pm sampai pukul 5pm. settle jugak akhirnya. orang bukan main ramai. lega satu lagi benda dah settle. amin. result dapat time jugak cuma sekeping kertas yang mengesahkan yang HIV non-reactive. tempat lain siap dalam sampul confidential. sini selamba rock punye.

Monday, April 23, 2012

130 dayss, OMG

Rasa nak sakit jantung bila tengok ada lagi 130 hari until my wedding. Huhu .. macam tak cukup masa je nak prepare semua benda for both side. tapi tak sabar nak kawin,,, hah macamana tu. semoga sentiasa dicukup kan masa untuk persiapan mendirikan masjid. amin. dah nak dekat majlis, saya jadi emo terlebih selalu fikir bukan-bukan padahal tunang saya, selamba kodok je. dia apa pun tak buat lagi. saya asik membebel je kat dia. fuh, harap dia tak sakit telinga. saya tak nak la last minit buat benda-benda yang penting ni. dia kata nanti nanti nanti. barang hantaran dia saya terus beli, tak yah tanya-tanya. ikutkan kan dia nanti baru nk beli. baju nikah saya dah siap, dia belum hantar tailor pun lagi. hari ni saya nak baut HIV test, dia belum lagi. belah saya dah isi borang nikah, dia belum lagi. sy email borang kat dia, dia belum print lagi. majlis bertandang apa pon tak buat lagi. argggghh, macamana saya tak jadi godzilla. saya tak suka kelam kabut nanti. tapi lelaki biase la selalu relak dulu. sampai saya mimpi bukan-bukan la. at last sedih sorang-sorang sebab tunang tak message 2 hari. saya ingat dia bengang kat saya suke bebel. semalam dia call pakai phone rumah, tak de kredit rupenya. saya dah hampir meroyan. rasa nak makan diri sendirik. semoga dipermudahkan ya Allah urusan ku. amin.

Sunday, April 22, 2012

Love

I miss u sayang. I tak mintak lebih, I cuma nak u menjadi suami yang boleh jaga dan bimbing I sampai akhir hayat. I wanna with u forever loveeeee. :'(
Hopefully it will end soooonn, rindu sangat.

Sunday, April 15, 2012

Preparation : HIV Test

Thanks untuk As yang bagi info pasal KK Shah Alam ada kekosongan untuk buat HIV test 23hb ni, so dengan spontan saya terus call KK Shah Alam. Booking tarikh and done. Tu je. Saya ada tanye dia nak kena bawak borang ape-ape tak, dia bole buat lawak. "Bawak diri sahaja cik" nak gelak guling-guling time tu. Yang saya tau HIV ni valid 6 bulan sebelum tarikh kite nikah. Ok la now tengah berdebar nak buat HIV test. Sapa-sapa yang ade kat area sini bole booking tarikh kt KK Shah Alam. Call je.

Friday, April 13, 2012

Preparation : Official Videographer (OV)

ai likeee choo muchiiee... at first, tak nak OV then last minit mengada-ngada nak. pastu dalam 2 minggu ni kelam kabut la cari OV utara sebab nak avoid kos pengangkutan dengan penginapan, tapi nan hadoooo .. banyak base kat KL. tetiba ntah macamana teringat nak email la televisio, duk fikir memang tak de harapan la sebab dorang kan fames di kalangan blogger tetiba nampak video kawan kite dari dorang.. lagi la meronta-ronta nak hire la televisio, malang nye jawapan hampa. dorang dah dibook date tu. saya cuma nak dorang shoot video time nikah sahaja, kecewa sangat. then tanye membe saya ade rekemen OV ni dorang dari utara. usha punye usha video dorang memang menepati citarasa saya, terus add kat fb dan pm mereka. alhamdulillah mereka masih available date nikah saya tu, rasa nak loncat-loncat okey. ni antara video yang dorang penah shoot.http://vimeo.com/39747897, sapa yang berminat boleh contact dorang SriKaseh fotovideografi , dorang reply lambat sikit tapi memang akan reply kena sabar sikit. saya dah pon bayar deposit. ahaiiiii.. seronok sangat. settle lagi satu hal. pastu bagitau Nurul Adinda yang promote. ahahaha.. nak jugak menyibuk kan.

Thursday, April 12, 2012

Preparation : Bunting (Banner)

Ehem.. dengan sukacitanya saya telah mengorder (jahanam ayat) bunting dengan Cheap Cheap Design, murah dan senang nak berinteraksi even melalui email sahaja. banyak design yang lawa-lawa , mesti korang suka punye la. mula-mula email nak design macam Zarifah , tapi saya tukar kaler biru dan gold , ada ubah sana sini at last rasa tak kena. then usha-usha facebook Cheap Cheap Design tengok ada banyak design yang lagi lawa, sukaaa okey. terus email dorang cakap nak  tukar design.
Memang rasa besalah nak tukar design tu sebab yela dorang dah tukar macam-macam untuk kite then kite suka hati nak tukar-tukar kan. alhamdulillah dapat positif email dari dorang dan dorang dah tukar macam design dan kaler yang kite nak. murah je uols, rm30 bunting 2x6feet. memang cheap cheap lah. nak communicate pun senang. kite order 2 bunting, now design semua dah siap. tinggal nak buat payment sahaja, insyallah dapat gaji ni baru nak buat payment. Thanks Cheap Cheap Design.

Tuesday, April 10, 2012

Preparation : Baju Sanding III

Over kan sampai baju sanding je dah part 3. Larger than life kan uols. Alhamdulillah syukur, bab baju sanding , pelamin , meja , bilik settle. Lega sangat. Hujung bulan ni balik nak fitting baju walaupunnnnnn .. khen. Dapat dengan harga berpatutan, sebab area Kedah so harga memang still murah la nak compare dengan 1 kedai memula pergi hampir rm5k. pastu masa bagitau pakej pun ala-ala belagak gitu, ingat kite tak mampu ke. geram betul. bukan tak mampu okey cuma kalau ade tempat yang tawarkan benda yang sama, pelamin sama , harga lagi murah takkan still nak amik tempat mahal. nama pun survey. harus la macam-macam nak kena tengok. lepas siap fitting nanti, akan ade Preparation : Baju Sanding IV. huaaaaa.....

Friday, April 6, 2012

Preparation : Baju Sanding II

Hellowww b2b sekalian, dah lama tak update sebab dah start pening dan stress. Korang ade stress2 macam kite tak. Kadang rasa giveup pun ade jugak. Tengah bersabar aje. Pasal baju sanding ni kite tempah dress kat tailor biase je, dah lukis design semua dia okey okey je. Last week bila kite p amik, amboiiii sukati dia nak ubah design kite, dia cakap tak sesuai la kite pakai macam tu, sebab tu dia ubah design .... bla bla bla. sakit hati tau. kite pulak jenis tak melawan, rasa nak nangis dah kat situ. Nanti suruh mak kite p bagitau dia nak macam design tu, harap-harap boleh la. Semoga semua dipermudah kan. Kalau lambat-lambat nanti takut tak sempat nak jahit manik or nak tambah benda2 lagi, tudung lagi, veil lagi. hadoi.. pagi-pagi dah stress. Kaler tema sebijik bak macam gambar ni dari jumie samsudin, tapi design lain sikit. Atas kite buat lace bawah kosong :